Saturday, June 09, 2007

Gambar rakan Sebaya Dina

Ini adalah gambar anak auntie awin (member Mummy).
Nama dia Adalia, tua sebulan dari Dina.





Friday, June 08, 2007

Cuti - Cuti Malaysia Dina - Kota Kinabalu Episod 2

Hari ke Dua Dina di KK.

Perjalanan hari ke 2 bermula dengan Pasar Pagi Ahad di Jalan Gaya.


Pintu gerbang Pasar Pagi Ahad


mummy tengah sibuk usha barangan di pasar pagi


kulit kerang antara barang yang menarik disini


Cuaca panas, berpeluh Dina tidur dalam stroller.
Kat sini mummy dan daddy tak beli apa pun. Tak ada benda yang menarik sangat kat sini.


Dina minum air sebab dahaga..panas...

Lepas tu Dina ke Philipino Market. Macam biasa dekat Sabah ni famous dengan "pearl".



Mummy tengok "shopping" batu karang di Filipino Market


Mummy dan Dina berposing di Filipino Market

Mummy belikan Dina satu gelang tangan "pearl", tapi macam biasa, Dina suka gigit dan buangkan gelang tu.


Lebih kurang pukul 3.00petang, balik ke Hotel. Dina tidur sebab penat berjalan.

Lepas maghrib barulah Dina keluar kembali untuk makan malam.

Overall makan kat KK ni tak berapa best. Cara masakan mereka ni lain sikit daripada kita kat semenanjung ni.

Thursday, May 24, 2007

Cuti - Cuti Malaysia Dina - Kota Kinabalu Episod 1

19 Mei 2007, Dina bersama Mummy dan Daddy pergi bercuti ke Kota Kinabalu Sabah.

Flight Dina sepatutnya berlepas ke KK dari LCC KLIA pada pukul 5.10pm, tapi flight delay hingga pukul 8.30pm. Inilah Air Asia ......... tension jadinya menunggu di LCC KLIA :(



Dina bersama Mummy di LCCT KLIA


Dina & Daddy


Dina berposing sambil menunggu flight yang delay.



Dina di atas Air Asia (ni kapat terbang MU)

Penerbangan dari KL ke KK berjalan lancar, cuaca pun baik. Tempoh penerbangan hampir 2 setengah Jam. Tepat pukul 11 malam, Dina mendarat di KK LCC Airport.

Dari sana, ambil airport taxi (cost RM20 per car) untuk ke Hotel Shangri La KK.

Lebih kurang pukul 11.45mlm baru selamat masuk ke bilik hotel, masa tu Akademi fantasia 5 dah nak announce pemenang.











Saturday, May 19, 2007

Bila Dina memandu Walker

Xcited Dina bila naik atas walker sekarang ni. Abih satu rumah uwan Dina jelajah dengan happy nya. Antara lokasi favourite Dina ilaha bawah meja makan. Walker ni Daddy Dina beli masa ada warehouse sale produk MyDear kat puchong. Murah je, RM10 heheheheheheh......


Inilah walker Dina..... gentleman start your engine !!!!!




stop kejap, sebab daddy nak ambil gambar Dina


smile !!!!!!!!!!!!!


eh..apa tu?? kena siasat ni.


ooooo...kucing ek, nak kena p tarik ekor kucing ni.


mmmm.... muat ker Dina nak masuk ni?



yessss.... serang !!!!!


serangan kena diperhebatkan.... ye haa!!!!!


Misi telah tamat.... Kita Minum Dulu !!!!!!


DINA dah tumbuh Gigi !!!!

Yes!!!!!!! Gigi Dina dah tumbuh 2 batang kat bawah :)


susah tul nak tangkap gambar gigi Dina, ni jer yang terbaik so far daddy buleh ambil.

Friday, May 18, 2007

Hari Jadi Atuk Dina Di KDE

Sempena hari jadi atuk Dina yang ke ? (berapa ek "ter"lupa lak), semua keluarga menyambutnya di Kelab Darul Ehsan Ampang. Bermacam-macam hadiah yang atuk Dina terima pada hari tu. Family Dina hadiahkan atuk wallet dan dompet.
"SELAMAT HARI JADI ATUK, MOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI"









Birthday Man




Wednesday, May 16, 2007

Dina melawat kawan Mummy Di Melaka

Ahad 1 April 2007,

Dina & Family bersama dengan Kak Ya (sepupu Dina) dan abg Haikal (sepupu Dina)telah pergi ke Melaka untuk melawat rakan baik mummy (auntie Ina) masa kat UUM dulu.

Auntie Ina baru saja melahirkan anak lelaki.





mummy dengan anao auntie ina. Sihatnya.....



kak Ya dengan Dina, mummy lak dengan anak auntie ina.

Monday, April 02, 2007

Cuti - Cuti Malaysia Dina - REMBAU N9



31 March 2007
bersempena dengan cuti Maulidur Rasul, Dina bersama dengan Daddy, Mummy, Uwan dan Atok pulang ke Kampung Tok Nyang di Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Atuk dan Uwan Dina berasal dari Negeri Sembilan(negeri yang ter'sohor' dengan adat perpatih), dari suku Tiga Nenek. Suku Tiga Nenek ni ialah salah satu dari 12 suku yang wujud di Negeri Sembilan.

Masyarakat adat perpatih dikelompokkan kepada 12 suku iaitu:
Biduanda,
Paya Kumbuh,
Tiga nenek,
Batu Belang,
Tiga Batu,
Semelenggang,
Selemak,
Mungkal,
Tedatar,
Batu Hampar,
Anak Melaka dan
Anak Acheh.

rujukan :- http://kota.idesa.net.my/AdatPerpatih_StrukturnOgranisasisosial.htm


Dina bertolak dari Ampang pada pukul 3.15pm. Perjalanan "smooth", tak jem sangat cuma semasa sampai di Seremban, hujan terlampau lebat.
Dina sampai di Kg Tok Nyang lebih kurang pukul 5.15pm.


Malamnya ada majlis doa selamat. Tok Nyang panggil orang kampu
ng.

Hari Ahad (1 April 2007) sebelum balik ke KL, Dina pergi ke rumah kawan mummy (x-UUM) kat Melaka.



'
Pekan KOTA, Rembau.


Dina yang comel



Inilah Tok Nyang Dina. Gambar Nyang Dina tak dapat diambil sebab Nyang Dina ni pemalu sikit bila ada org nak ambil gambar dia.



Rumah Tok Nyang Dina. Masih mengekalkan keaslian senibina Nogori Sembila.



Kelihatan kolam ikan dihadapan rumah Tok Nyang Dina



Jalan masuk ke rumah Tok Nyang Dina



Dina bersama sepupu Mummy



Kolam ikan dihadapan rumah Tok Nyang Dina



Memancing di Kolam. Yang memancing sorang jer, yang lain tu posing jer.


Antara ikan yang menjadi korban



Acara menyiang Ikan yang diketuai oleh Uwan Dina



Selepas siang, ikan disalai.




Dina In Action Again ......