Friday, May 18, 2007

Hari Jadi Atuk Dina Di KDE

Sempena hari jadi atuk Dina yang ke ? (berapa ek "ter"lupa lak), semua keluarga menyambutnya di Kelab Darul Ehsan Ampang. Bermacam-macam hadiah yang atuk Dina terima pada hari tu. Family Dina hadiahkan atuk wallet dan dompet.
"SELAMAT HARI JADI ATUK, MOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI"









Birthday Man




Wednesday, May 16, 2007

Dina melawat kawan Mummy Di Melaka

Ahad 1 April 2007,

Dina & Family bersama dengan Kak Ya (sepupu Dina) dan abg Haikal (sepupu Dina)telah pergi ke Melaka untuk melawat rakan baik mummy (auntie Ina) masa kat UUM dulu.

Auntie Ina baru saja melahirkan anak lelaki.





mummy dengan anao auntie ina. Sihatnya.....



kak Ya dengan Dina, mummy lak dengan anak auntie ina.

Monday, April 02, 2007

Cuti - Cuti Malaysia Dina - REMBAU N9



31 March 2007
bersempena dengan cuti Maulidur Rasul, Dina bersama dengan Daddy, Mummy, Uwan dan Atok pulang ke Kampung Tok Nyang di Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Atuk dan Uwan Dina berasal dari Negeri Sembilan(negeri yang ter'sohor' dengan adat perpatih), dari suku Tiga Nenek. Suku Tiga Nenek ni ialah salah satu dari 12 suku yang wujud di Negeri Sembilan.

Masyarakat adat perpatih dikelompokkan kepada 12 suku iaitu:
Biduanda,
Paya Kumbuh,
Tiga nenek,
Batu Belang,
Tiga Batu,
Semelenggang,
Selemak,
Mungkal,
Tedatar,
Batu Hampar,
Anak Melaka dan
Anak Acheh.

rujukan :- http://kota.idesa.net.my/AdatPerpatih_StrukturnOgranisasisosial.htm


Dina bertolak dari Ampang pada pukul 3.15pm. Perjalanan "smooth", tak jem sangat cuma semasa sampai di Seremban, hujan terlampau lebat.
Dina sampai di Kg Tok Nyang lebih kurang pukul 5.15pm.


Malamnya ada majlis doa selamat. Tok Nyang panggil orang kampu
ng.

Hari Ahad (1 April 2007) sebelum balik ke KL, Dina pergi ke rumah kawan mummy (x-UUM) kat Melaka.



'
Pekan KOTA, Rembau.


Dina yang comel



Inilah Tok Nyang Dina. Gambar Nyang Dina tak dapat diambil sebab Nyang Dina ni pemalu sikit bila ada org nak ambil gambar dia.



Rumah Tok Nyang Dina. Masih mengekalkan keaslian senibina Nogori Sembila.



Kelihatan kolam ikan dihadapan rumah Tok Nyang Dina



Jalan masuk ke rumah Tok Nyang Dina



Dina bersama sepupu Mummy



Kolam ikan dihadapan rumah Tok Nyang Dina



Memancing di Kolam. Yang memancing sorang jer, yang lain tu posing jer.


Antara ikan yang menjadi korban



Acara menyiang Ikan yang diketuai oleh Uwan Dina



Selepas siang, ikan disalai.




Dina In Action Again ......



Monday, February 26, 2007

Cuti - Cuti Malaysia Dina - TERENGGANU


20 FEB 2007

Awal pagi dalam pukul 5:30pg Tok Pa nga
n Tok Mama dah bertolak balik ke KL.

10.30am - Bertolak ke Terengganu dari Bt11 Ketereh. Daddy konvoi ngan ayah long Dina. Kebetulan, ayah Long & famili pun nak pergi bercuti kat Terengganu.

10.45am - Singgah di umah Moyang Din
a sebelah nenek Umi kat Kok Lanas.


Dina bersama moyang celebrate Chinese New Year



Tacha & Aina pun ada.

11.15am - Bertolak ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan ok, kereta tak berapa banyak. Cuma jem sedikit dekat Bandar Permaisuri sebab jalan baiki ditambah lak dengan road block polis.

1.30 pm - Sampai di Primula Beach Resort. Lepas check in, semua pergi lunch kat Marang. Ayah Long Dina & family stay kat Seri Malaysia Marang.


7.40pm - Pergi Dinner bersama ngan family Ayah Long Dina. Makan ikan bakar....tapi tak sedap lak.



21 FEB 2007

8.30am - Breakfast kat Hotel.

10.00am - Keluar bersama Mak Long & Family. Pergi ke Kilang Nor Arfa Batik dan Pusat Kraftangan Terengganu.


melihat bagaimana batik di lukis


dihadapan karyaneka

12.30pm - Lunch di Marang.

2.00pm - Dina bersama mummy dan Dina ke Pasar Payang Terengganu.

4.30pm - Balik ke Hotel. One whole day dina berjalan kat Terengganu.

8.00pm - Dinner kat tempat medan ikan bakar. Tapi memang tak sedap........


22 FEB 2007

Lepas breakfast, lebih kurang pukul 11.30am, Dina & famili pun check out dari hotel untuk bertolak balik ke KL.
Sebelum tu singgah dulu tepi jalan beli keropok lekor & keropok keping.
Dina sampai ke KL tepat pukul 6.00pm.








Cuti - Cuti Malaysia Dina - KELANTAN

17 Februari 2007
3.00am - Dina memulakan perjalanan dari rumat Atuk di Ampang. Atuk ngan Uwan pun ikut sama. Atuk ngan Uwan akan join mak ngah dan mak lang kat kelantan. Depa semua akan bertolak ke Kelantan selepas subuh.



3.30am
- Bertemu dengan Tok Pa dan Tok Mama di Toll Gombak. Perjalanan seterusnya bergerak lancar. Kenderaan banyak. Selepas Raub, keadaan jalan menjadi sedikit perlahan disebabkan hujan dan kenderaan semakin banyak. Hampir semua stesen minyak penuh dengan kenderaan yang berehat. Tandas jangan cakap la...... kena beratur dengan panjangnya.

7.10am - Singgah solat Subuh di Masjid Gua Musang. Sepatutnya pukul 6.30am lagi kami patut sampai di Gua Musang, tapi sebab perjalanan sedikit perlahan kerana banyak kenderaan, kami terlewat sampai. Kami semua makan pagi di bandar lama gua musang.

10.30am - Sampai di Kuala Krai. Singgah jup kat toilet Esso Kuala Krai.


Dina ngan mummy.


Tok Pa ngan Atuk Dina, berehat sekejap di Esso Kuala Krai

12.00noon - Sampai kat umah moyang Dina kat Ketereh.

*sepanjang perjalanan dari KL hingga Gua Musang, Dina tidor ngan nyenyaknya.
5.00pm - Dina hantar atuk ngan uwan ke Dynasty Inn KB.


18 Februari 2007
7.30am - Makan nasi kerabu famous kat batu 11.

10.00am - Kawan mummy Dina (Auntie Ida) datang kat umah Moyang Dina. Auntie Ida akan ikut Dina, Mummy ngan Daddy pergi ke Pengkalan Kubor.


Dina dalam pangkuan moyang Dina, sebelah tu auntie Ida


10.30am - Dina bertolak ke Pengkalan Kubor. Perjalanan smooth. Mengikut perancangan, Dina akan jumpa dengan makcik2 Dina kat Pengkalan Kubor.


11.30am - Sampai di Pengkalan Kubor. Ramainya manusia, maklumlah cuti panjang. Tak jumpa pun ngan makcik Dina kat Pengkalan Kubor. Macam biasa, jam dia orang sentiasa lambat :)


Ramainya orang


Dina bershopping ngan mummy

1.30 pm - Dina bertolak balik ke KB.

2.00pm - Makan tengah hari kat Nasi Ulam Cikgu, dekat ngan kraftangan Malaysia.


Antara lauk yang siap sedia untuk dikendurikan


Daddy ngan Mummy makan, tapi Dina lena diulit mimpi

4.00pm
- Bertolak balik ke Ketereh. Dalam perjalanan balik tu singgak kat Klinik Perdana Wakaf Che Yeh, Dina kena selsema. Maklumlah, kuat sangat berjalan.


18 Februari 2007

10.30am - Pergi ke KB. Pergi melawat ke rumah saudara daddy kat KB.

1.00pm - Balik ke Ketereh. On the way balik singgah kat DZ.

4.00pm - Bertolak ke Pantai Irama Bachok. Pergi berkelah. 4 buah kereta yang pergi.


Jem di Ketereh.


Ramainya pelawat kat pantai irama


Dina tidur sepanjang perjalanan. kat pantai pun dina tido lagi


Daddy & Mummy bersama ngan Dina


Kakak Aina ngan Kakak Taca bermain air.


Mummy bersama ngan Tok Ma & Nabiha


Makan time ........


Macam bapak budak la yang lebih xcited nyer ......


Control hensem depan kamera


Tok Mama & Biha dan Dina ngan Mummy


Family Dina


Bye....Dina nak balik

7.15pm - Bertolak balik ke Ketereh.

Antara gambar kenangan di Kelantan ......





Tok Pa, Moyang dan Tok Mama


Dina dengan moyang Dina (nenek daddy Dina)


Kakak Aina kesejukkan selepas mandi laut