Friday, December 11, 2015

10/11 December 2015

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.


Sweet memory from Along and adik to mami and special to dedi.

This year mami dan dedi dah capai ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Alhamdulillah sedekad bersama. Semoga terus kekal ikatan ini hingga ke syurga abadi. 

Terima kasih pada Along dan adik untuk kad yang sangat sweet ini. Mami dan dedi happy sangat. Tolong doakan mami dan dedi setiap kali along dan adik solat ya. 

Bila mengaji, sedekahkanlah buat mami dan dedi ya semoga boleh kami bawa bekal di akhirat nanti. Along dan adik kan anak-anak yang solehah. Along dan adikkan pandai berdoa, minta apa sahaja pada Allah SWT macam yang selalu mami pesan ya.

Nanti tolong pimpin tangan mami dan dedi masuk syurga ya. 

Ucapan khas juga untuk dedi sempena harijadi dedi. hihihihihi... 

Waktu mami dan dedi kahwin, mami dedi nikah 10/12/2005 tapi majlis bersanding jatuh pada hari jadi dedi. Nanti along dengan adik senang la nak ingat harijadi dedi dengan hari perkahwinan mami dedi.

Terima kasih along dan adik sebab jadi anak-anak syurga mami dan dedi. We LOVE u all untill jannah.


~Mami menulis untuk anak2~

Saturday, November 28, 2015

28 November 2015 (Sabtu)

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum.

Hari ni pergi Muar, Johor attend wedding kawan baik mami. Kawan sama matrik di Melaka dulu. Sebenarnya, majlis yang mami attend nih majlis bertandang sebelah lelaki. Waktu majlis di sebelah perempuan di Melaka tempoh hari mami tak dapat hadir sebab dedi ada urusan. Sian mamikan?

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga jodoh kawan baik mami tuh. Pada masa yang sama kita pergi jalan-jalan ke Muar, yeay! Tak pernah lagi pergi Muar. Tak tahu apa yang seronoknya di Muar. Bolehlah kita jalan-jalan sambil melawat Muarkan.

Memandangkan di Muar tiada hotel yang bertaraf banyak bintang, makanya hotel yang kita stay tiada pool. Stay pun sekadar untuk semalam, ok la kot tak boring sangat kan.

Lepas attend wedding kawan baik mami tu, kita check-in hotel lepas tu kita rehat sekejap, salin baju dan keluar. Pergi tengok apa yang boleh kita buat kat luar tu. hihihihihi...

Dedi bawa ronda-ronda pekan Muar, lepas tu nampak bot bersiar di sungai Muar tu. So apa lagi...pergilah cari tempat di mana bot besar tu berlabuh. Mana tahu sempat untuk naik satu roundkan.

Alhamdulillah, jumpa juga Jeti Tanjung Emas. Ada bot yang kita bayar tiket untuk pusing sungai Muar yang luas tu. Boleh la sambil menikmati pemandangan tepian sungai dan merasa hembusan kuat angin petang.

Malam pula makan di Medan ikan bakar Saba Awok tapi tempat yang kami makan tu tidaklah sesedap mana. Disebabkan harga makanan di situ murah, maka tak rasa terkilan sangat. Anak-anak dedi mami pun bukannya makan sangat. Setakat nak kopek-kopek tepung yang tersalut pada sotong tu aje. Alahai anak-anak.

Overall, perjalanan ke Muar seronok sebab tak pernah sampai lagi di situ. Dapatlah merasa mee bandung original muar, breakfast satay dan beli kopi 434. Dedi sempat rembat bag sekolah adik sebab kedai di sebelah hotel tu jual murah sangat. :)






~Mami menulis untuk anak2~

Saturday, November 14, 2015

7-8 November 2015 (Sabtu-Ahad)

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.

Tarikh yang tertera di atas, kami semua berperjalanan jauh nun ke Taiping, Perak. Waktu ini konvoi ramai dengan semua adik-beradik sebelah dedi. Pergi sana dengan tujuan untuk melawat Tokpa yang mengalami kecederaan.

Ikut cerita dedi, sendi pergelangan kaki Tokpa terseliuh dan ligamen ada terkoyak sedikit akibat jatuh sewaktu menuruni tangga. Kaki Tokpa kene simen jadi Tokpa limited sikit untuk berjalan.

Oleh itu, dedi dan adik-beradik semua sepakat untuk pergi visit Tokpa. Alhamdulillah tak semena-mena jadi short vacation untuk kita, kan anak-anak.

Di sana, Tokpa sewakan untuk kita semua 2 buah rumah. Dedi mami along dan adik, kami semua tinggal serumah dengan cik su n uncle naza, untie yin dan uncle boy. Selebihnya duduk rumah lagi satu. Rumah yang kami duduk tu selesa sangat.

Petang kami ke Mee Udang Mak Jah tapi penuh jadi kami makan di kedai berdekatan dengan Mee Udang Mak Jah tu. Not bad juga la. Anak-anak makan nasi goreng dan mee goreng. Malamnya kami semua masuk Zoo Taiping. Tak nampak sangat binatang di situ. Semua tidur kot sebab ada sesetengah kawasan gelap sangat jadi x nampak apa.

Esok tu semasa perjalanan balik, kami singgah di Kelly Castle. Tempat berhantu. Hiks! Dari jauh cantik sangat pemandangannya. Bangunan lama yang tak siap dan ditinggalkan.

Insiden yang menjadi bualan bila mami tersangkut tak boleh nak panjat naik ke puncak dan tak berani turun ke bawah gara-gara gayat. hihihihi...itulah mami yer anak-anak, seorang yang gayat tapi perasan macam berani nak panjat gunung.

Percutian yang ringkas dan bermakna. Seronok jalan ramia-ramaikan.















~Mami menulis untuk anak2~

Monday, May 04, 2015

4 May 2015 (Isnin)

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum.

Hari ni check-in Lexis Hibiscus, Port Dickson. Dedi dan mami cuti lagi. Penat dari travel semalam 12 jam Alor Setar - Ampang tak hilang lagi. Cabaran mengembara di bumi Allah. Ujian kesabaran buat kita sebagai hambaNYA.



Ini semua pengalaman buat anak-anak, biar mereka tahu perjalanan yang jauh kadangkala memberi tempias pahala sedikit buat kita kerana kita pasti diuji dengan kesabaran.

Tempat kali ini sangat mewah buat mami dan dedi. Kami takkan mampu bawa adik dan along kalau tak berpeluang grab the promo price. Harga bilik yang mami dan dedi dapat RM399/net. Harga ni tak jumpa dah sampai bila-bila rasanya.

Kami stay 1 malam di sini. Lepaskan lelah perjalanan dari utara tanahair di hamparan laut yang luas terbentang. Bilik kami mengadap laut. Bila swim memang mengadap laut terus, kosong-luas-biru.

Bila mendongak ke langit, sentiasa mata dihidangkan dengan pemandangan kapal terbang yang kelihatan tenang meluru di ruang angkasa. Silih berganti, pelbagai jenis, subhanallah...nikmatnya tak mampu kita kecapi tanpa rasa syukur.


Memandangkan Lexis PD tu baru sahaja di buka, masih ada lagi sisa-sisa renovation yang belum selesai. Makanya, nikmat untuk rasa semua yang serba baru tu sangatlah teruja. Katil yang empuk-luas, bantal yang gebu, rekabentuk toilet yang moden dan selesa, ada jakuzi di luar bilik, swimming pool terbuka dan paling teruja menikmati paket teh Inggeris yang sangat sedap.

Kalaulah... ia...kalaulah kami ambil kos yang kami peruntukan di Kedah itu letak di Lexis PD untuk 3 hari 2 malam, masyaAllah pasti tak terkata nikmatnya. Iyaaa...itu semua dengan keadaan 'kalaulah'. Allah SWT dah aturkan perancangan kami begini, alhamdulillah syukur sangat. Dapat merasa sekali pun dah memadai dari tidak merasa langsung bukan?


Memandangkan hanya menginap untuk satu malam, jadi masa hanya diperuntukan di dalam bilik. Kasihan dedi, penat travelling masih x hilang. Dedi cakap dia tak puas. hihihihihi.... In sha Allah dedi, kalau kita yakin suatu hari nanti Allah beri kita rezeki, kita pasti dapat bawa anak-anak ke sini lagi.

Along dan adik... jom kita doa! Nanti along dan adik jangan lupa amalkan solat sunat dhuha ya. Nikmat solat ini nanti mampu beri hidup kita tenang dan kelancaran untuk urusan seharian.







~Mami menulis untuk anak2~

4 May 2015 (Isnin)

Hari ni kami ke Negeri Sembilan. Sebelum ke destinasi utama, singgah di Lukut masuk ke 3D saje kutip pengalaman.

Ambil gambar banyak-banyak sambil mengisi masa. Best juga ke tempat macam tu, lagi-lagi bila melayan kerenah anak-anak bergambar. Along dan adik masing-masing gaya yang tersendiri.

Kita layan gambar je la ye.