Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum.
Hari ni check-in Lexis Hibiscus, Port Dickson. Dedi dan mami cuti lagi. Penat dari travel semalam 12 jam Alor Setar - Ampang tak hilang lagi. Cabaran mengembara di bumi Allah. Ujian kesabaran buat kita sebagai hambaNYA.
Tempat kali ini sangat mewah buat mami dan dedi. Kami takkan mampu bawa adik dan along kalau tak berpeluang grab the promo price. Harga bilik yang mami dan dedi dapat RM399/net. Harga ni tak jumpa dah sampai bila-bila rasanya.
Kami stay 1 malam di sini. Lepaskan lelah perjalanan dari utara tanahair di hamparan laut yang luas terbentang. Bilik kami mengadap laut. Bila swim memang mengadap laut terus, kosong-luas-biru.
Bila mendongak ke langit, sentiasa mata dihidangkan dengan pemandangan kapal terbang yang kelihatan tenang meluru di ruang angkasa. Silih berganti, pelbagai jenis, subhanallah...nikmatnya tak mampu kita kecapi tanpa rasa syukur.
Kalaulah... ia...kalaulah kami ambil kos yang kami peruntukan di Kedah itu letak di Lexis PD untuk 3 hari 2 malam, masyaAllah pasti tak terkata nikmatnya. Iyaaa...itu semua dengan keadaan 'kalaulah'. Allah SWT dah aturkan perancangan kami begini, alhamdulillah syukur sangat. Dapat merasa sekali pun dah memadai dari tidak merasa langsung bukan?
Along dan adik... jom kita doa! Nanti along dan adik jangan lupa amalkan solat sunat dhuha ya. Nikmat solat ini nanti mampu beri hidup kita tenang dan kelancaran untuk urusan seharian.
~Mami menulis untuk anak2~