Tuesday, June 28, 2011

Mentadak mentadu macam mana Qisya tidur?

Qisya ada style tidur yang selalu buat mummy senyum bila tengok. Mummy je? Yerla dah mummy je sepanjang hari dengan Qisyakan.

Bila kak long balik habis la Qisya. Jangan harap la nak dapat tidur lena. Senyap-senyap kak long masuk bilik gi gomol Qisya. Kejup pastu dengarla suara baby meraung. huhuhuhu...

Nak tidur nyenyak dan lena bila kak long tidur petang. Time tu jangan kata Qisya je lena, dengan mummy-mummy pun lena sama. Aman tenteram.

Meh skodeng Qisya tidur.

Mentadak mentadu macam mana Qisya tidur???

Oh gini yer??? Mengerekot!



Mentadak mentadu macam mana Qisya bucuk tido???

Udah begini pulok??? 



Mentadak mentadu macam mana Qisya tenit tido???

Mummy please la... I want to sleep!!! Flash ni kacau sungguh!   :p
Dengan kaki-kaki terangkat sebab marah kene kacau.

Muka orang kesilauan. hahahaha...
Udah tu Qisya oiii...bangun mandi!!!


Monday, June 27, 2011

Toy pertama Qisya

Teether

Teether tu bukan mummy or daddy yang beli tapi Kak Long Dina.

Dia ke kedai dengan daddy, lepas tu dia cakap kat daddy nak belikan teether ni untuk Qisya gigit-gigit. Padahal daddy dah cakap dah yang Qisya belum ada gigi lagi. 

Degil nak beli juga... makanyer itulah toys pertama Qisya dari Ksk Long tersayang. So jadinyer.. tiap kali qisya cry jek dia gi sumbat teether tu dalam mulut Qisya. Dah satu hal mummy kene larang tiap masa. 

Adooiiiiyaiiiii....

Saturday, June 25, 2011

Apa dah jadi???


Baru sebulan duduk di rumah Uwan, macam-macam hal dah jadi. 

Semuanyer kes meranapkan barang sendiri. Ini semua kerja si kak long. Xkan lak kerja tangan si adikkan? X lama lagi jadi geng la depa. Mau habis ranap semua barang dikerjakan.

Mula2 menjahanamkan basikal roda 3 yang dah semakin uzur. Kak long naik dengan sepupu2 dia. Basikal roda 3 tu boleh putus dua. Punyerla ganas. 

Nasib la basikal tu memang dah lama dan dah lunyai, kalau tidak mesti 3 hari 3 malam daddy non-stop merungut dan membebel. Daddy ok! Bukan mummy, mummy redha jek.  :p

Baru je beberapa minggu lepas basikal yang besar kak long pula jahanam. Dia dok hentam main basikal tu dengan sepupu2, main ganas2... orang ada geng la katakan. 

Aihhh... nak tegah malas, sebab time ni la nak berkawan, bila kat rumah sendiri dah xde geng nak main. Tapi tu la... habis barang sendiri ranap. Bukan murah nak beli lain, nak pulak basikal macam tu. Tapi budak-budak bukan faham.  :(

Ni basikal yang dijahanamkan. Nak tau apa yang rosak????

Roga ke-4 dah patah. Satu hal nak baiki. Nak cari kedai macam mana????

Basikal atas tu memang daddy bebel lama juga la kat Dina sebab bukan senang nak pergi baiki. Ada sesiapa tahu nak dibaiki di mana??? Nak kene cari ganti atau paterikan aje???

Bila dah rosak frust mummy dan daddy sebab bukan senag nak oiiii mummy dan daddy nak beli. Kene kumpul duit setahun baru dapat. Sedih tak? Kalau lah kak long fahammmm...   :(

Lepas kes basikal... emmm... entah x semena-mena satu lagi diranapkan... aihlah!

Ni hah barangnyer! Barang baru sebulan di beli, dan x sampai sebulan diguna. Tragis ok! Bukan murah!!! Tu yang paling penting.

Ada perasan benda hitam dalam itu cot?


Oh yeahh!!! Roda baby cot Qisya patah!!! Haruuu...


Terpaksalah Qisya tido kat bawah. Sian Qisya...

Tapi roda baby cot tuh dah pun dibaiki. Daddy call balik kedai BabyLove, mereka suruh datang hantar roda yang patah tu dan ganti yang baru. Alhamdulillah... kalau tak rasa frust je tengok barang-barang yang rosak ni.

Daddy dan mummy memang sangat-sangat berkira bab harta benda kami yang x seberapa sebabnyer bukan mudah nak oiiii... nak beli barang2 ni semua. Kene berpuasa 3 bulan baru leh dapat. Ok! Mummy tipuuuu...!!! 



Thursday, June 16, 2011

Hiccup

Dina: Mummy.. Dina dengar Qisya hiccup.

Mummy: *diam*

Daddy: pandainyer anak daddy... Qisya hiccup eh.

Mummy: hiccup tuh apa?

Daddy: la... xkan x tahu?!

Mummy: takkk....

Dina: Qisya tersedu la...

Mummy: mana kakak tahu?

Dina: dalam TV tu cakap.

Mummy: *cover maluuuuu*

Ok. Mummy memang teruk English! Mengaku siap2. Malu giler time Dina cakap pasal hiccup tuh.

Hahahaha...tetiba rasa macam nak masuk tadika balik ok!

Dan bila Qisya sedu... Dina belajar something from her Uwan..

Nak tahu apa?????

Menempek cebisan kertas di dahi Qisya....

Mummy sendiri pun dah x apply cara tu dah. huhuhuhuhu...


Punyerla beso kertas yang kak long tempek kat dahi Qisya.


Dahi kak long pun dia tempek gak.  :p



Mengacau Qisya tidur adalah kegemaran kak long. 


Sekarang ni kak long very the very sensitif tau. Cakap lebih sikit dah cembeng! Lepas tu suka betul buat mummy dan daddy meradang kat dia. 

Lebih-lebih lagi bila dia menonyoh pipi si Qisya yang sedang enak diulit mimpi. Pastu kang dengar la ngauman Qisya kerana marah diganggu. Hai lah... budak berdua nih... camnerla bila mummy dah keje sok????


Tuesday, June 07, 2011

Nur Qisya Qistina

Semalam daddy dah selamat daftarkan nama adik Dina. NUR QISYA QISTINA nama yang dah dipersetujui oleh daddy, mummy dan Kak Long.

Makna nama yang daddy, mummy dan Kak Long bagi ni...


NUR = CAHAYA

QISYA = HIDUP DALAM KEADAAN BAIK

(Qisya = Keysha = Keisha  bermaksud Hidup dalam keadaan baik. Varian dari Aisha.)

QISTINA = KEADILAN


Makna Qisya tu dah sama dengan maksud nama mummy sendiri. hihihihi....

Nama timangan/panggilan baby adalah QISYA. Jangan dipendekkan lagi yer sebab makna nama tu pun dah cukup baik.

Mummy x kasi panggilan selain dari Nur-Qisya-Qistina. Biar nama tersebut ada makna yang sedap dan baik-baik untuk dipanggil.

Macam tu jugalah Kak Long Dina... Dina bermaksud Agamaku. Tetap bermaksud walau dipendekkan. :)

So officially, blog ini akan dikongsi dua. Daddy x larat nak buat banyak-banyak... cerita kakak, cerita adik semua dalam ini blog juge. hihihihi....



Thursday, June 02, 2011

Akhirnya ........... Dina secara rasmi menjadi Kak Long

Hospital Pantai Ampang

Masuk wad jam 7:30am, 9.15 start nak meneran.....9:40am selamat dilahirkan :)

Berat: 3.4kg ...... tapi tak leh lawan berat kak long lagi.

Deliver secara normal oleh Dr Suhaimi Isa.

Sekian lintas lansung dari Hospital Pantai Ampang



tengoklah betapa happynya kak long dengan adik baru dia :)

Wednesday, June 01, 2011

Selamba je dia cakap 'buruk'


Last Tuesday mummy and daddy went to normal check-up as usual. Selagi baby x keluar selagi tu la kene jumpa doktor even mummy tahu apa dah yang doktor tu nak buat. 

Cuti sekolah pun dah mula. Mummy really ingat kakak akan bercuti sambil gomol baby tapi masanyer belum tiba. Sama-samalah kita tunggu yer kakak...   :)

Nak cerita kisah mummy dan daddy pergi check-up hari tu. 

Mummy dah pesan dengan daddy xnak bawa kakak, in case gynea nak tahan mummy that day senang la daddy nak uruskan semua hal. Nanti kalau kakak ikut, satu hal pula nak heret kakak ke sana ke mari.

Check-up pun x lama sebab memang xde apa dah nak borak dengan doktor tu. Just tunggu je la masa yang dinanti-nantikan tu. Habis check-up terus daddy hantar balik rumah.

Sampai je rumah terus kakak meluru tanya...

Dina: Baby mana? Baby dah keluarkan?

Daddy: Belum lagi la. Ingat senang ke nak keluarkan baby.

Mummy: *Senyum... x perlu kata apa-apa*

Lepas daddy pergi work mummy borak-borak la dengan kakak sebab dia ngadu kat Uwan dia mimpi baby pagi tadi.

Tanya dia mimpi apa?

Dina: Kakak mimpi baby ke?

Dina: Ha'ah. Mimpi baby.

Mummy: Mimpi apa?

Dina: Ala... mimpi baby je la.

Then sambung cerita.

Dina: Mula-mula Dina hisap jari lepas tu tengok eh... mummy xde. Lepas tu tengok... eh daddy pun xde. 

Mummy: Kakak cry ke?

Dina: Mana ada cry. X pun. Lepas tu Dina tengok kereta buruk pun tak ada. Ooooo.... ni mesti mummy dengan daddy dah pergi naik kereta buruk.

Mummy: Kereta buruk mana?

Dina: Kereta buruk daddy tu lah. Kereta mummykan baru. Daddy punya buruk.

X boleh nak tahan... terus mummy bantai gelak! Serius lawak giler style dia bercerita. Daddy balik terus mummy cerita kat daddy, tergelak-gelak daddy sambil sakat si kenit tuh.

Mulut dia kalau bebel mengalahkan orang tua ok!