Sunday, February 20, 2011

Family Gathering (Ukay Perdana)

Semalam (19 Feb) kami semua berkumpul di rumah umi. Tujuan utama gathering ni sebenarnya nak bincang pasal trip ke HCM next month. Lagipun kami semua pun dah lama tak berkumpul semua.
Mnu istimewa gathering ni ialah nasi kerabu umi. Nak cerita pun takde idea, so macam bbiasa... kita tengok gambar tuk tengok betapa bestnya nasi kerabu umi :) (semua gambar makanan ni selepas dimakan, sebelum makan lupa amik gambar sebab xcited sangat nak makan )

Nasi Kerabu


Kerabu


Benda wajib untuk nasi kerabu .... BUDU

Daging Bakar


Udang goreng tepung

Dina dengan sepupu-sepupunya

Kek Birthday untuk auntie Ayin

Puding roti daripada chef mummy Dina

Tuesday, February 15, 2011

Under Major Renovation

Blog Dina dalam major renovation, so mintak maaf la kepada tetamu semua.
Harap bila siap renovation ni akan menyenangkan lagi pelawat semua :)

Tuesday, February 08, 2011

Pergi School ....... HAPPY !

Alhamdullilah, sekarang ni kakak dah ok sesangat bila nak ke sekolah. Dah takde nak nangis pun. 


Cuma macam biasa la bebudak, bila nak kejut bangun pagi tu liat sikit la. Tapi bila dah siap mandi etc... semuanya ok. Kenkadang time on d way ke sekolah, kakak ada gak inform DD yang dia ngantok nak tido umah uwan :)


Sekarang ni macam2 lagu yang kakak dah blajar kat skool, siap dah hafal plus dengan aksi-aksi lagi. Antara lagu favourite kakak "i know counting", "twinkle2 little star", "london bridge" dan yang paling DD rasa lagu kelakar lagu time kakak  buat xtvt water play. Pelik n klakar gak lagu "Bukit bergoyang". Kelakar lak lirik lagu ni, sekali dengar macam lagu Shin Chan hehehehehe.....


Antara member baik kakak kat skool, Sharmila, "Dokter", Aishah, Asyraff dan Alia. 


Happy sekarang DD n MM tengok Dina ke skool. :)

Monday, February 07, 2011

Sunset di Kg Telok, Pasir Panjang Port Dickson

Refer entry sebelumnya.......

Bersempena dengan lawatan makan ikan bakar kat Pasir Panjang, kami semua dapat lah gak tengok sunset kat sini. Actually tempat ni memang cantik viewnya.

Antara photo yang sempat DD shoot.

Kalau google pasal ikan bakar pasir panjang, sure gambar dari angle ni yang banyak ada :)



Kakak tengah leka menikmati ciptaan Allah yang cantik.



2 insan yang DD sayang campur seorang lagi dalam perut MM

Sunday, February 06, 2011

Cuti CNY 2011 - Ikan Bakar Pasir Panjang, PD

Hari Kedua (6 Feb 2010)

Selepas seharian duk berendam dalam pool, DD and MM plan nak makan ikan bakar. Kalau dulu tiap kali p PD kami makan ikan bakar kat Tanjung Agas, tapi kali ni nak tukar selera, nak try kat area Pasir Panjang lak. Tu pun sebab banyak entry dalam internet yang cakap tempat ni ikan bakar sedap. Sekali sekala nak gak try tempat baru. Cerita untuk ikan bakar kat Tanjung Agasi ni leh refer sini.

Untuk ke lokasi ikan bakar ni senang je, just follow jalan lama ke Melaka. Dari Bandar PD, terus menghala ke Teluk Kemang, terus lagi sampai jumpa Tiara Beach (Belah kiri), terus lagi, jumpa Eagle ranch (Belah kanan), terus lagi sampai jumpa lah signboard "Pasir Panjang", Then bila nampak tokong cina, terus belok ke kiri. Terus je dalam 5KM nanti ternampak la Medan Ikan Bakar Pasir Panjang.

Lokasi ikan bakar ni memang menarik tuk photoshot, leh tengok sunset.

Makanan lak bagi kami tak leh lawan kat Tanjung Agas lagi best. Tapi kiranya masih lagi ok compare dengan sesetengah medan ikan bakar yang makanannya "out". harga pun murah gak, malam tu kami makan ikan pari bakar, sotong + udang goreng tepung, ketam sweet sour & nasi lemak + air tembikai & teh O ais semuanya kena RM49.

Tapi kalau lain kali bagi DD, ikan bakar Tanjung Agas still the best kalau kat PD. Kat sini cuma view yang cantik espcially kalau nak tengok sunset. Untuk gambar sunset nanti DD akan postkan next entry.


Kalau dah masuk simpang kat tokong cina, readers pasti tak kan miss signboard ni.


Medan ni kecik jer, parking pun limited gak. 

Ruang dalam medan ikan bakar

Ikan bakar dimakan dengan nas lemak
RM1 Sebungkus


Sotoang Tepung. RM15 (300 gram)

Udang goreng tepung. RM5 (150gram je)

Ketam sweet sour RM9 (200 gram)

Ikan pari bakar RM13.50 (450 gram)
Air Kelapa, RM3 sebiji

Ni lah gerai yang kami makan

Friday, February 04, 2011

Cuti CNY 2011 - Port Dickson

Lintas langsung dari Hotel Avillion Admiral Cove PD.

Seperti biasa, tiap kali cuti CNY maka berjalan-jalanlah Dina & Family. Destinasi kali ni kami semua pilih PD, memandangkan jarak perjalanannya tak lah jauh sangat lebih-lebih lagi MM skang ni tengah sarat mengandung. Lagipun ari tu DD & MM dah janji, kalau Dina good kat school, DD & MM nak bawak Dina tido hotel. ALhamdullilah, Dina dah makin happy kat school :)

Kali ni kami memilih untuk stay kat Avillion Hotel, ni kali kedua kami stay kat hotel ni. Hotel ni memang amat menyelesakan di tambah lak dengan staffnya yang peramah.

Macam biasa, xtvt Dina sepanjang cuti ni swimming, swimming, swimming and swimming again. Letih DD n MM nak layan.


Gajet terbaru Dina.

Pergi School mesti HAPPY

Happy tol dapat swimming

Nak p mandi laut lak

Dina takut nak mandi laut, Dina main pasir je.



MM keletihan selepas berenang kat laut

belajar swimming

dah pandai apungkan kaki