Tuesday, September 28, 2010

Ajar benda baru, sendiri tanggung.


Ini kesah semalam la ni. After dinner with daddy, mummy melepak depan TV. Takde cerita best pun tapi layan je la Arjuna hensome tu.

Daddy layan si dara makan cornflakes. Owh.. favourite Dina tau cornflakes tu, makan dengan fresh milk. Daddy kata tu la cara daddy makan cornflakes time kecik-kecik dulu. Susu tu letak gula sikit. Mummy layannn... sebab mummy x suker susu. Uwekkk... x sedap.

Dah siap makan daddy layan Dina dalam bilik. Terjerit-jerit dua-beranak tu dok bergomol dalam bilik. Apa yang dia main pun mummy xtau. Dah penat main, daddy mengadap lappy siapkan keje. Time tu juga la si manja tu datang merengek-rengek dekat daddy kate nak main 'takewando' lagi.

Ingatnyer main apa... main 'taewando' katenyer. Malas nak amik port sebab daddy yang mulakan dulu jadinyer layan la si manja tu sorang-sorang. Bila daddy penat melayan, si dara dtg merengek lagi nak ajak main lagi. Siap menangis-merajuk bagai sebab daddy malas dah nak sambung layan dia.

Dah x larat dgr dia menangis-merengek-merajuk-merintih, daddy layan lagi. Daddy jeling-jeling kat mummy tapi mummy senyum je. Nama nak tolong gi sambung memang xdelaa.... mummy malas.

Dah pujuk2 suruh stop pun dia xnk stop. Hahahaha.... time ni mmg kelakar giler tengok dua-beranak ni tau. Sorang dah x larat nak main, sorang lagi xnk berhenti main. Tu la daddy... ajar lagi benda baru kat si manja tu. Budak tu dahla jenis excited. Nak main sampai puas. 

At last mummy tukar channel Sifu & Tonga, Dina boleh plak layan cerita tu, jadinyer selamat la daddy. Tenang sekejup sampai la Sifu & Tonga habis mummy buka pulak Ibu Mertuaku, P. Ramlee kegemaran Dina. Tapi citer tu slow sgt, xde joke n action jadinyer layu terus si dara tu. Sedar-sedar dah pun belayar. 

Dina Dina alahai Dina. Nak 4 tahun sudah. Cepatnyer masa berlalu.

Monday, September 20, 2010

Diari raya Dina 2010

Selamat Hari Raya dari Dina. hihihihi... baru hari ni mummy nak buat entry.

Raya tahun ni Dina beraya umah Uwan dulu. Jadinya sehari sebelum raya tu dah turun rumah Uwan sebab nak tolong masak-masak (mummy dan daddy je).

Dina tolong kecohkan rumah je. Berlari sana sini dengan sepupu-sepupu yang lain. Walaupun hari-hari Dina duduk rumah Uwan, tapi menjelang raya ni lagi la Dina suka sebab ada ramai orang.

Rumah Uwan hari-hari datang pun x boring. Sangat happening sebab semua orang suka berkumpul kat situ. Tu sebab kalau mummy pergi melepak rumah Uwan, beratnyer la bontot nak balik rumah. :)


Uwan dok menonggeng nak amik serai serumpun tu nak buat masak rendang. Anak dara tu plak dok memetik bunga kertas Uwan. Bukan main lagi dia.


Menempel je keje dia. Mengikut je mana Uwan dia pergi. X boleh berenggang langsung.




Anak dara siapa la niiii....   :)


Sorry yer Uwan... gambo tengah cemelot. huhuhuhu... kata sibuk masakkan..

Atok tengah mengacau rendang. Atok la yang rajin tolong Uwan kalau anak-anak lambat turun. hihihihihi...


Eh Atok dah siap2 mandi? Saper jaga rendang Uwan ek?

Tu diaaaaa.... assistant baru Atok. Daddy la siapa lagi. Rendang ayam dan daging, dua-dua daddy yang kacau sampai kering. Camni la baru syiokkan daddyyy....


Rendang ayam

Rendang daging + paru

Malam plak layan bunga api dengan sepupu-sepapat. Dengan x mandinyer. Saje je mummy lambatkan sesi menukar baju tidur. Nanti dah tuko baju, badan berpeluh-peluh lagi dok syiok main.


Lepas ni kita layan cerita hari raya pertama Dina. Actually mummy bukan nak cerita sangat tapi nak tempek gambar je lebih. Ceritanyer sama je macam yang lain. Salam-salam, collect duit raya, makan-makan, dah boring layan TV. 

Yang bestnyer bila ada budak-budak datang beraya umah Uwan, Dina mesti cakap tu semua friend dia. Bila suruh borak ke layan ke hape mesti dia cakap dia malu. Cit! Malu la konon...  :)

Time ni dah comot dah. Suker betul dia pakai scarf Hello Kitty tu even asyik la melorot dari rambut sebab licin sgt, xde gigi-gigi nak tahan kat rambut tu.

Album raya 2010 bersama Atok & Uwan
Bukan main lagi berkepit dengan Pok Nik dia. Taula bari 1st time beraya dengan Pok Nik.  :)

Kasi x-large ini gambar. Songkok Datok tu 2 tingkat ek kakak?

Raya terakhir Pakcik Ucop sebagai bujang trang tang tang...  

Eh ni gambar mummy.. tapi dah dekat rumah Nek Umi lor.  :)

Lepas daddy balik dari solat Jumaat kitorang terus angkut bag balik Ukay Perdana pulak. Beraya dengan Nek Umi di rumah dan One Utama, raya ke-3 tu dah balik Rembau attend akad nikah Auntie Imar pulak. Ringkas je jadual raya Dina. 

Kampung di bandar nak jalan ke mana sangatlakan? Dapat pulak daddy yang malas nak pergi beraya emmm... kejup-kejup ronda-ronda K.L, kejup-kejup masuk kuar mall. Sian kakak Dina x pergi beraya sangat. 

Daddy pun bukan ada ramai waris... Nek Umi kakak Dina kan convert, jadinyer xdela ramai sangat sedara-mara. Waris daddy kat Kelantan ramai laaa.... bila la daddy ni nak bawa kita beraya kat Kelantan kan kakak kannn....

Dina nak tunjuk sepit rambut baru je sebenarnyer tu. Nek Umi belikan kat Brunei. :)


Hari raya ke-3

Sekadar bergambar sebelum masing-masing berpecah haluan. Nek Umi, Auntie Yin, Uncle Naza & Uncle Boy nak ke Kuala Selangor & Sekinchan.

Dina, mummy dan daddy nak balik kampung tok nyang ada kenduri. 


Yang tengah-tengah tu adalah Mafia War tegar! Kakak Dina rambut x diikat, mengerbang semacam.  :)

Semuanya masih single tapi ada yang dah berpunya... yang tengah2 tu available lagiii.... Yang x available teka sendiri.  :D

Family comel belah daddy....  


Candid!!!