Tuesday, July 28, 2009

zzzz.....zzzzz.....krrroooooohhhhh.....krrroooohhhh....

Time ke Port Dickson hari tu... aih bila ingat balik agak menggelikan hati dan perut. Mananyer tidak, dalam perjalanan nak balik ke resort selepas kekenyangan menikmati hidangan seafood penghuni kereta berbual-bual dengan si cik mek molek blog ini. Mulutnya bila berbicara punyerla sebijik mak nenek yang sibuk berniaga... :p

Bila mummy sibuk menyelesakan si anak dara baring, perbualan tiba-tiba menjurus kepada topik tidur... zzzz.... Bila di suruh tidur dengan selamba anak dara mengeluarkan sound berkeruh yang sangat buruk. Entah dari mana datangnyer idea, daddy mengeluarkan soalan cepu emas.

Dy: Dina... mummy tidur macam mana?

Dina: Mummy tidur... kkkkrrrrooooohhhh....kkkkrrrroooohhhhh....krooooooohhhhhh.....
krrooooooohhhhhh....

Seluruh penghuni kereta bantai gelak. Cis... sampai hati Dina kenekan mummy yer...

Dy: Mummy tidur macam mana Dina?

Dina: krooohhhhh....kroooooohhhhh....krooooohhhh......

Aih... bila mummy cakap bukan macam tu, lagi buruk sound yang dia buat. Okla... mummy abaikan aje bunyi buruk tu... tapi betul ker? Ni sumer agenda daddy la ni... saje je tau. Bila next time tanya Dina balik sure dia buat bunyi yang sama just for mummy! Sabo jela... :p




Sunday, July 26, 2009

Celebrate Besday Uwan

Tadi petang Dina ada hi-tea kat Sime Darby Convention Centre celebrate besday uwan. Last minute planning at last decide ke SDCC tu after Aunt Shima buat booking. Lagi pun x pernah pergi so boleh trylakan...

Ramai yang pergi kecuali family pak chu, pak long and aunt noni n hubby.. coz derangnyer schedule overlape dengan date ni. Takpela janji every year akan celebrate besday Uwan. Dina as usual makan best ker makan x best ker memang xkan and tak nak makan pun. Sampai-sampai je mummy serve Dina dengan ais krim tu pun x abis. Kasi satay just makan suku jek tu pun abis di luek macam biasa. Adoooiiilaaa...susahnyer mummy dan daddy nak kasi Dina makan.

Kat situ pun ada clown... kalo ada clown sure la ada belon yg macam2 ghuper dibentuknyer. Tu pun derang provide sebab ada besday Uwan ni la. Best gakla... Tempat pun sangatla privacy, comfortable and location pun ok... x crowd dengan orang dan kereta.

Makan pun berbaloila dengan harga. Not bad! Pilihan pun banyak... rasa pun sedap... so far memang puas hati. Tapi Dina jek yg x suker nak makan :p aih... org dah serve best2 pun ble plak dia request sup dengan roti (sup tu refer to mushroom sup yg selalu mummy buat tuk dia then sup tu akan di makan dgn roti bakar) dah terbiasa dengan apa yg mummy selalu prepare tuk dia. Mushroom sup tu memang favourite Dina tau. :p

Makan sampai kenyang then terus ke IKEA beramai-ramai. Jalan sampai penat kaki dah maghrib baru balik. Dina masuk kete je terus minta susu... ngam2 susu habis Dina pun lelap. Selamat la Dina lelap kalo idak jenuh nak layan permintaan dia tuk tidur umah Kak Ya coz dia mmg rapat dengan anak-anak Mak Ngahnyer. Even nak ke IKEA tu pun dia follow kete Mak Ngah, siap salam dan said I LOVE U segala bagai dengan mummy dan daddy. Tergelak Pak Lang tengok aksi Dina.

Memandangkan Dina sibuk nak tidur umah Mak Ngah diakan... mummy dan daddy plan nak kasi chance ker dia dok bertapa umah Mak Ngah on weekend... tapi kene tengok cousin2 dier tu freela coz Kak Ya nak PMR this year. :p ble mummy and daddy ronggeng berdua.















Dina skang ni susah betul nak di ajak bergambar.
Langsung x moh di palingkan muka ke daddy langsung.
Aduhai... susah dahla nak ada pices2 menarik Dina...




Sentuhan kreatif dari daddy Dina... requested by mummy.
Daddykan power :p cuma xde kamera best pun. hiks!





Saturday, July 25, 2009

Lawatan ke PD lagi...

Ini cerita minggu lepas yang mummy perap. Hari ni baru nak publish.

Last week pergi Port Dickson lagi dan kali ni stay dekat TM Resort (Telekom Malaysia punyer) memandangkan daddy dapat satu resort. Resort tu ada dua bilik jadinyer Nek Umi, Aunt Ayin n Uncle Boy ikut sama.

First time dapat TM Resort ni so that xtau camner keadaan bilik dan kelengkapan yang ada jadinyer x bawa apa2 peralatan memasak pun. Sumernyer makan kat luar je. So far resort tu not bad, ada 2 bilik satu tu complete dengan queen bed dan satu lagi dia provide 2 single bed. Ada ruang tamu yang besar juga la dan meja makan. Sangat selesa dan berpatutanla dengan rege yang dibayar.

Sampai je Dina dah kepanasan buntut ajak gi pool. Hai... pepanas buta tu nak ajak mandi? Mummy tahankan dulu, kasi cuaca terik reda dulu dan dalam kul 5pm baru turun. Itu pun still terasa terik mentari coz matahari petang plak amik alihkan.

Dalam sejam berendam dalam pool pastu ajak aunt ayin n uncle boy mandi laut plak. As previous story, Dina penakut mandi lautkan sebabnyer kat laut air masin then ada ombak yg kuat tu buat si anak dara mummy tu penakut. Jadinyer si anak dara bersama pakcik dan makciknyer dok main pasir pantai jekla. Buat istana yang x menjadi istana pun. Apala... aunt ayin ni... :)

Mummy bab-bab main pasir ni malas sket, mummy lebih excited ke laut jadinyer mummy berendam jek kat dalam laut tu. Laut pun tgh air surut dan yang bestnyer pantai kat area situ sangat landai jadinyer memang best giler nak mandi. Lepas mummy puas mandi baru mummy slow-slow usung Dina masuk laut.

Mula-mula tu menjerit tak nak but at last dia ok plak sebab ombak petang yang x kuat. Macam-macam aksi mummy buat ker Dina sampai la Dina tertelan air laut. Punyerla dia batuk and nak muntah segala bagai. Mak ai.... saperla punyer keje tu ek???? hihihi.... mummy ni teruk betulkan?

Dah puas mandi and main pasir naik ke darat balik. Dina x terus balik ke bilik tapi masuk pool pulak aih...xnk naik. Ni yang mummy malas ni... bkn apa jari-jemari tu dah kecut-kecut! Tgh dok main pool jumpa la pulak kawan opis daddy. Maknanyer ada 3 keluarga la YP group kat situ. ker ada lagi kot tp x terserempak?

Malam plak makan kat tempat yang Dina pergi 2 minggu sebelum tu, hehehe pergi lagi tapi kali ni saje nak bawa nek umi dan yang lain makan seafoodkan. Balik dah kekenyangan and Dina pun dah lelap dalam kereta lagi. Dah tu sepanjang hari x tido.

Esok tu pas makan pagi Dina turun mandi pool jup dalam sejam then naik siap2 terus balik K.L. Semalam je ke PD but daddy have another plan to bring us again. Tak renti-renti ler Dina ni berjalan.... :)



TM Resort, Port Dickson


Mandi kat pool


Si anak dara lg suka mandi kat pool dewasa


Mandi balik pas naik dari laut. Kecut2 pun x puas lagi.


Sesi mandi-manda di laut. Atas tu istana pasir yg x beristana pun.



Sebelah kiri tuh Dina with Aunt Ayin, cantik plak pemandangannya.


Pemandangan orang di pantai



Time makan malam... with Aunt Ayin lagi... :p


Kat bawah ni sumer gambo view hasil tangkapan daddy. Daddy ni suka bab2 amik gambo tp tula xde teknologi yg canggih jadinyer minat tu terbantut. Ada masa jek daddy terajin sket maka jadilah picture2 di bawah. Macam gambo poskad lak bila pandang 2 3 4 kali...









Saturday, July 18, 2009

Dia tahu apa ada di dalam...

Dina ni kan ada satu perangai yang buat aku respect. Apa yang dia buat dia akan ingat terutama kat mana dia letak sumer barang2 yang dia main. Bila dia tanya kita toys yang dia cari, weols just tanya dia balik bila last dia main. Pastu melurulah dia ke tempat barang tu diletakkan.

Kalau buat silap pun dia tahu sebabnya... kalau memang salah dia, dia takkan menangis tapi buat muka singgit duploh sen. Kalau tak bersalah, dia akan nangis plus merajuk segala bagai dan yang pasti air mata mesti leleh punyer.

Ni..ha... nak citer satu insiden.

Insiden berlaku time weols nak balik ke rumah lepas jemput Dina di rumah Uwan. Before daddy drove direct ke rumah, weols ke Taman Putra nak cari popiah basah favourite mummy tapi kedai tu tutup plak. Tak balik terus pun, singgah makan laksa lak kat tepi jalan tapi just mummy jek yang makan. Daddy kenyang katanya dan Dina makan pau kacang merah. Lama dah Dina minta nak makan pau.

Pau tu tak habis pun jadinyer separuh yang ada kat tangan Dina tu mummy suh dia makan dalam kete jek. Baru suku perjalanan Dina tak nak makan pau tu lagi so dia kasi ker mummy pegang. Mummy nak buang ke luar tingkap pun ada banyak kete n motorkan so mummy pegang jekla.

Lepas makan Dina wajib minum air kosong. Daddy memang ajar since Dina lahir lagi. Kalau ikutkan mummy...selagi tak haus takyah minum. hehehe...

Cerita bermula... ceeewaaaahhhh...

Dia tahu dia yang buat... dia tahu apa ada kat dalam... tu sebab dia tak berani nak hisap. Disuruhnya mummy dia ni buat... erk...nasibla mummy tak tertelan. Kalo tertelan memang naya kene gi spital operate kasi kuarkan.

Apa kesnyer? Niha... pas makan pau tu... bila suruh minum Dina tak nak dia suruh mummy buka botol air tuh tengok kat dalam.

Ni botol air Dina tuh...



Dy: mintak mummy air kosong Dina

My: nah minum air ni (sambil suakan botol Barney ker dier) buka tutup tuh (refer penutup straw)

Dn: tak nakla... mummy buka tutup... mummy tengok dalam

My: ~mummy just check kat straw tu then nmpk mcm kilat2 jek kat dalam straw tuh. tp mummy assumekan mmg botol tu macam tu~

My: (after check) ada apa? xde pape pun. nah minumla

Dn: tak nak! mummy bukala...bukala... dalam tutup tu

Aih... buat mummy hangin jekla! Nak buka tutup dia buat apanyer? Kang tumpah dalam kete mummy gak kene bebel dengan daddy. Banyak lak kerenah Dina ni.

Dn: mummy bukala...bukala... tu dalam tu (sambil tunjuk dalam straw)

My: Dina tak nak minum sudah (sambil letak botol tu kat sebelah dia)

Dn: tu mummy tengok dalam tuhhh...

Mummy rasa tensen tul dengan arahan memacam la... jadinyer entah camner tergerak hati mummy nak sedut jek air tuh kasi dia puas hati.

Sekali tuh tengok....

v

v

v

v

v

v

v






Tau tak benda apa tuh? Tu pau... kat inti tuh ada screwkan? Yer... bila mummy sedut jek air tu kuarla screw then mummy pun on the spot ludah ker pau tuh. (Sorila...bunyi macam geli sketkan... memang betul tau). Tengok2 mak aiiiii... SCREW! Aih... kalo la mummy tertelan tadi?




Ni la budak yang sumbat screw tu dalam lubang straw botol dia. Patutla bila suh minum air langsung dia tak nak ghupernyer dia put something kat lubang straw tuh.

Tengok tuh.. bila minta susu mana pernah nak terus minum. Mesti susu tu kene park dulu kat tepi2 dia. Bila rasa dah puas hisap jari barulah dia minum... sebelum tu mesti jerit ker mummy and daddy dulu.. "mummy Aminnn..." ha tu tandanya dia suh kita bacakan "Bismillah" then dia tukang Amin barulah minum susu.





alahai anak omak.....!







Tuesday, July 14, 2009

Dia belajar... tapi kene marah?

Memang patut pun kene marah sebab yang dia belajar tuh salah!!!!

Mummy dengan daddy bukan sengaja nak marahkan Dina tapi 3-4 hari ni Dina makin galak. Nak plak bila berada kat rumah Uwan... xkannyerla Uwan Dina tuh nak marahkan Dina, dimanjankan lagi adalah.

Kat rumah Uwan tuh cousin2 Dina sumer dah besar... biasalah budak2 besar nak meningkat naik ni bahasa derangkan memacam. Yang si kecik nihkan cepat je nak belajar dan dia mana tahu bagus ker x bagus.

Tula yang buat mummy dan daddy marah sangat sebab Dina belajar cakap "kau". 3-4 hari ni asyikla dia tersasul cakap 'kau' 'kau' ker mummy dan daddynyer...ha mana tak jadi hari.mau mummy dan daddykan?

Bayangkan tengah dia dok asyik main then kene kacau dengan daddy ker mummy ker then Dina akan marah. Dulu Dina selalu jerit "janganlah mummy/daddy" tapi sekarang nih Dina tukar kepada "hei 'kau' jangan amiklah!". Kasar tak?

Berdesing telinga daddy... ha tu yang buat daddynyer pitching naik melantun-lantun tuh. Tiap kali Dina sebut 'kau' tiap kali tuh ler daddy jerkah. Mula-mula mummy pun marah gak... tapi lately ni mummy lebih banyak berlembut. Nak kasi contra dengan cara daddy sebab budak2 ni kasar macam mana pun bukan kita boleh ubah dia time tu gak.

Mummy dan daddy sedar perkara-perkara macam ni tak mustahil terjadi lebih2 lagi persekitaran tu terlalu mempengaruhi kehidupan dia. Cuma kami harap Dina tak terlalu terdedah dengan perkara2 yang kurang sesuai dengan keadaan umur dia.

Dina... pleaseeee.... mummy dan daddy bukan marah Dina belajar tapi mummy dan daddy marah Dina belajar benda yang salah buat masa ini.

Macam Dina selalu cakap kat mummy...

My: Dina jom cepat! (nak gi jalan-jalan cari makan)

Dn: Daddy... Dina nak bawa Chin Chan boleh?

Dy: Tanya dengan mummy dulu

Dn: Mummy... Dina nak bawa chin chan boleh? Please mummy please..

My: erk?

Serius time Dina kuarkan dialog macam tu mummy sedikit terkaku. Dengan gaya dan telatahnyer... Dina memang mudah belajar but then mummy dan daddy pun kene terima yang Dina akan belajar banyak perkara... baik dan tak baik.

Dina... moga yang terbaik adalah pilihan mu sayang.... muah... muah... muah...





Sayang... mummy dan daddy love U so much!!!!
'




Sunday, July 05, 2009

Penuhi jemputan Kak Ifa

Petang tadi Dina ke rumah Kak Ifa (Dina's cousin) sebab celebrate besday Kak Ifa yang ke-9 thn. Macam biasalah kalau dah jemput datang makan tuh sure cousin-cousin yang lain datang, jadinyer ramailah kawan Dina petang tadi.

Seronok tengok Dina bermain dengan cousin-cousinnyer itu tapi harus di ingat Dina bukan terus boleh get along dengan derang sumer, still kene amik masa kasi dia serasi dulu even dh berpuluh2 kali jumpa. Untuk permulaan, Dina akan melekat dengan mummy or daddy... share itu x boleh share ini x boleh. Suruh joint kengkawan main pun susah.

Tapi lepas jek serasi and sebati segala macam perasaan janggal tadi... ha... x igt dah ker mummy or daddynyer. Ligat jek dia main sampai sekali tuh time mummy nak solat Asar boleh dengar suara dia dok asyik bernyanyi riang lagu "Are you sleeping".

Menu petang tadi nasi beriani berlaukkan acar, ayam masak merah dan dalca, ada roti jala juga dan raja segala buah... durian. Pakat-pakat kumpul duit beli durian sebenarnyer tapi at last papa Kak Ifa cakap dia belanja. Terima kasih yer papa Kak Ifa... wah rumah mereka semakin cantik tau. Macam duduk kat resort pula.

Macam biasa kita layan gambar. Daddy kata dia x suker sangat letak gambar-gambar yg kecik-kecik macam yg mummy buat selalu tu jadinyer kali ni mummy hentam letak semua gambar sekeping-sekeping. Ok x daddy? Apa kata Dina pula? :D



Spek mata favourite Dina. Padahal ada yg lg mahal tp
yg murah juga tetap menjadi pilihan.
Suker hati ler sayang mummy... janji happy.


Sampai-sampai jek terus bergambar.
Tergelak-gelak Atuknyer tengok kerenah Dina
yg kuat melaram ni.
Kalau di tanya baju apa yg Dina pakai? Dia akan jawab;
"Baju bunga pink, skirt pink, spek mata pink"
Yer... satu set pink. Suar dalam pun pink tau... :D


Besday girl berbaju hitam itu...


Sudah pandai mengelak dari di suruh amik gambo.


Tengok tuh... punyerla liat bila suruh amik pices dgn daddy.
Udah ler pices daddy x byk mana dgn kamu sayang oiii...


Sesi makan-makan.


Berkampung makan durian beramai-ramai..
Sangat happening...


Dina x makan durian... tapi tadi dia makan pula rambutan
Biasanyer apa jenis buah pun dia x mkn


Inilah raja yg di beli dari dusun security guard rumah Kak Ifa

Dina bermain dengan Linda (sepupunyer juga)
Tapi Dina x panggil dia Linda
Dina panggil Linda, Lela.. mummy xtau naper...


Mana-mana jumpa dengan yang sorang ni x perlu amik masa untuk serasi.
Memang bercouple sejak dari kecik cenonit lg


Apala yg dimainkan oleh dua org couple ini...


Terjoget-joget sampai gitu sekali aksinyer...
Asal korang bahagia udah...

Saturday, July 04, 2009

Sudah siap... tak sempat nak simpan...

Eh... ada orang pos barangla...




surela untuk Dinakan if not watper buat n3 kat blog Dinakan? ngeee.....





Nie ler mendanyer... baju bishop dress yang mummy tempah dari Gie.
Material mummy punyer but bit dissappointed mummy anto material yg jarang.
Hasilnyer sedikit transparent bila di pakai.




Tadi mummy and daddy bawa Dina gi kenduri kawen kat Raub then
mummy sarungkan baju nih. Dina gelarkan baju nih baju butang sebab
butang dia banyak... ngeeee....
huh... x sempat nak simpan tuk raya... anak dara sudah meronta mahu pakai
Hasil kerja tangan yang sangat cantik dan kemas. Mummy suka sgt.
Next time mummy akan hantar lagi... insyaallah kalau ada rezeki.







Thursday, July 02, 2009

pilihan yg tepat?

Dina: Dina yak (read: berak) la...

Daddy: ok..berak cepat...

~Dina berak dalam diaper lagi tau. Bila mummy rajin jek baru bawak gi toilet and suh dia uk uk dlm potty.

Dy: dah yak ker?

Dn: dah...

Dy: jom daddy basuh...

Dn: eh..eh... jangan Dina nak mummy

Mummy di dapur tengah sibuk masak for dinner (read: goreng telur jek). Adoooiii... time masak gini memang tensen kalo kene basuh uk uk si dara.

Dn: Mummy basuhkan yer...

My: Tangan mummy kotorla...

Dn: Mana tengok? ~ mahu bukti hokeh!~

My: Ni ha... ~kasi gempak sket tunjuk sambil pegang bawang sedangkan x kotor mana pun~

My: suruh daddy basuh yer..

Dn: ok...daddy basuh la...

My: ~huh... legaaa....~

#pilihan yg tepat!

************************************

Waktu ni mummy tengah sibuk blogging then Dina and daddy dalam bilik... daddy berusaha tidurkan dia. Sekali tuh mummy dengar tapak kaki kecik menapak... huh...sah dahla..xde sape lagi selain dia...

Dn: mummy tambah ~dia suruh tambah air kosong dalam botolnyer~

Dy: dia xnk abang buat... dia nak ayang buat..

My: Dina nak apa?

Dn: tambah air Dina... mummy buat yer...

My: ok...


#pilihan x tepat tp mummy ikhlas buatkan gak tau


***********************************************



Wednesday, July 01, 2009

Tumpang glamer jup...



Keratan akhbar di atas ada gambar Dina dan mummy. Time tu mummy usung Dina pergi blogger gathering. Kebetulan organizer ada panggil wartawan dari Sinar Harian untuk buat liputan dan terhasillah artikel di atas.

Hehehe... Dina tumpang glamour jup dalam gathering tu. Sekali-sekala... :D