Saturday, April 25, 2009

Kemas rumah macam biasa

Memang macam biasa la aktiviti Dina kalo tak kemas umah buat apa lagikan? Nama pun budak kecik. Memandangkan dia kene main sorang2 tanpa daddy yang tgh dok syiok sorak kat stadium tgk bola tuh.

Mula2 elok jek dia main segala teddy bear yg ada dari kecik sampai ler yg besau bagak. Lepas tuh minta bukakan lampu bilik toys. Itu tandanya mahu bersiap siaga untuk menjalankan sesi tabur menabur. Seperti yang dijangkakan dia habis tabur satu ruang tamu yang besaunyer sekangkang kera tuh. Tengoklah kalau rasa x cayakan..



Selepas berpenat lelah menjalankan sesi tabut-menabur, digomolnyer mummy yang dok sibuk melayan tenet neh. Dililitnyer leher mummy sampai nak tercekik di buatnya. Ada jek ideanyer nak di buat.




Dah penat sesi menabur dan melilit, kita minum dulu... uhuhhuhu...


Wednesday, April 22, 2009

Ke klinik lagi

17hb April lepas ke klinik sebab demam panas dan malam ni ke klinik lagi sebab demam tak surut2 especially waktu malam. Dan akhirnya tadi doktor masukkan ubat dalam b*nt*t Dina gara-gara susah giler nak kasi anak dara tersayang itu makan ubat.

Mummy and daddy bukan sahaja bersilat malah siap taek wan do and kungfu sekali. Sumer aksi ada! Kadang-kadang tuh nampak macam kejam giler mummy and daddy kasi ubat ke Dina tapi nak buat macam mana kalau tak bersilat taek wan do kungfu segala memang xkan masuknyer ler ubat dalam mulut tuh.

Uwannyer sdiri pun naik fed up memberi Dina makan ubat sebab akan habisla uwan disembur dek Dina. Tabiat menyembur yang dipelajari sewaktu hebat disuapkan bubur satu waktu dulu masih lagi diamalkan dengan jayanya. Uh.. letih menguruskan anak dara nan seorang ini.




Ke klinik bukan sahaja bersama mummy and daddy tetapi juga si 'baby'. Satu waktu dulu diusung 'baby' yg sama jenis cuma bezanya 'baby' lama itu botak. Dina gelarkan si botak hehehe.. nanti kalau ada gambo si baby botak akan mummy upload kemudian.




Biar pun badan panas tapi semangat tak pernah luntur. ABC sudah pun reti di baca cuma belum kenal rupa sahaja kerana tiap kali puzzle abjad di ambil, huruf 'A' di tangan akan dikatanya no 4. hehehehe....

Monday, April 20, 2009

mummy.. te el ci ci la!

yer..yer.. te el ci ci yer! tula dier yg di sebut2 dek Dina. Nak ke te el ci ci katanya maka daddy angkut kami ke te el ci ci a.k.a KLCC.

Apa yang bestnyer mummy and daddy x sure tapi mmg tiap kali nampak te el ci ci Dina sure excited memberitahu yang itu adalah te el ci ci. Sejak balik dari te el ci ci, Dina dah pandai tokok tambah sket keghairahannya dengan ayat 'te el ci ci cantik'. Begitulah terujanya si anak kecil mummy ini dengan te el ci ci nyer!

Dina masih demam sewaktu mummy & daddy bawa ke te el ci ci tapi sikit pun tak meragam cuma x berapa nak senyum + gelak besau. Kurang kat situ jekla tapi tang excitednyer mmg xle nk nafikan masih 'sihat'!

Cuma mummy & daddy tak tahan nak layan bila Dina sibuk dok ajak kami masuk ke dalam te el ci ci yang ditunjuk2kannya. Camner nak masuk sayang oii... tu Twin Tower dah sah2 ler tokleh nak masuk. Kot ble masuk pun nak ke manakan?

Bila bawa masuk ke Suria KLCC tuh puas kasi tau yang tempat dia dok pusing2 ni te el ci ci la tapi tula dari dalam mana tau bentuk camnerkan? Ha.. xpe2 sok dah besau Dina sure fahamnyer ntah2 jadi cam mummy plak dok coping kat te el ci ci.

Pas daddy bawa pi makan steak, Dina masuk ke Petrosains plak. Banyak stesen yang dah tutup jadinya masuk yang wajib jek. Dapatla diskaun 10% sebab helikopter tuh dah tutup gak. Dalam te el ci ci bukannya ada tempat special tuk kids main2 so xdela nak jalan lelama. Lepas kuar dari Petrosains terus balik.



Posing ala kadar jek....



Aksi2 dalam Petrosains



Apa beza picture ni?


Jawapannya:

Picture 2 atas tuh masih cute dgn tocang 2 kan and 2 bawah tuh dah di bukaknya. Mengembang semacam jadinya rambut tuh. Itulah Dina yg tak suka langsung rambutnya diikat.



Wednesday, April 15, 2009

Mari belajar bersama... (Kelas 1)

Sekarang ini mummy and daddy sedang giat 'sekolah'kan Dina. Kene ajar dia banyak benda lagi ni. ABC tak pernahnya hafal lagi tapi bab calculation mmg dah kira tererla sebab takat 1-10 dia hafal dah then kalo suh kira gambo dalam buku satu2 dia dah ble buat.


Kelas 1

Dalam kereta on the way jalan-jalan (antara waktu pembelajaran yg dilakukan oleh mummy dan daddy).

Mummy (telah naik taraf jd bos kat seat blakang) : nama mummy siapa?

Dina (dia dah jadi co-pilot dah skang) : nama mummy... em.. aicah mummy

Hehehe... ok dah passed! Jenuh ajar beberapa hari, tu pun kekadang lambat jek jawab sebab terlupa. Amik masa 4-5 second tuk remind..hehehe... okla kan.

M : nama Dina siapa? (ceh..dah panggil Dina lagi mau tanya namakan? apada mummynyer kelas ni!)

Dn : nama Dina... kakak Dina!

Huhuhu... dia dah leh terima pangkat baru tuk dia. Tapi bila nak jadi kakak ni? hehehehe.... Jom layan nama daddy lak.

M : nama daddy siapa?

Dn : nama daddy... abang daddy!

wakakaka.... harap maklum ya bahawa dah masuk minggu kedua pun dia tak ble ingat lagi. Bukan main ler melekatnya gelaran yg mummy bagi kat daddy ke mindanya. Kalau nak kasi dia ingat mummy akan kasi hint sket.

M : bukan abangla... nama daddy... naz...

Dn : namin daddy... (mula2 ajar dulu dia sebut amin skang ni dah ada 'n' kat depan tp 'z' plak hilang)

Sabau yer daddy... misi kita akan terhasil sehari dua lagi sebab semalam try kat dia dah ble ingat sket2 dah. hehehehe....

Kelas seterusnya sambung next entry....







Monday, April 06, 2009

Macam-macam gaya

Budak-budak yang sebaya Dina ni memang tengah banyak ideakan, ada je yang dia nak buat. Kadang-kadang tu ble naik temparature mummy and daddy tapi layan jek la selagi tak mendatangkan kemudaratan kepada tuan punya badan dan orang-orang sekeliling.

Kali ni Dina buat aksi yang em.. nak marah pun malas. Mummy layan jek selagi mummy rasa logik dek akal tuk menerima segala aksi a.k.a gaya yang munasabah. Macam biasa, bila aksi-aksi di buat sure la akan menggunakan segala jenis barang yang ada dalam bilik toysnya itu. Dan kali ni bekas simpanan toys menjadi mangsa 'kekreatifan' Dina. Tengoklah apa yang dia buat....


See... dia dengan senang hatinya berbaring dalam box! Awak tuh dah ler panjang sayang.. x muat kaki tuh.




Time ni tengah nyanyi2.. tapi macam nak nangis pun ,ker nyanyi lagu sedih? Hehehehe... penuh perasaan gituu...




Malas nak layan mummy yang asyik dok suh posing jek.




Jeling x hengat! Cantik la tuh... (abaikan aksi mengangkangnya itu)